Monday, June 22, 2009

Duit Aku Mana Hah???

Hari minggu yang tidak seberapa indah. Itu yang dapat aku katakan. Aku tidak ke mana-mana dan hanya duduk di rumah. Sebabnya hanya satu, wang gaji sudah hampir habis dan hanya cukup untuk belanja dapur – membeli lauk-pauk.


Orang kata aku kerja dalam syarikat yang besar… Mesti banyak duit. Kawan aku SMS aku nak pinjam duit. Bila aku cakap duit aku dah abis – maknanya dalam wallet aku tinggal RM100, semua orang tak percaya. Buat apa aku nak cakap bohong. Aku memang tiada duit. Gaji aku kecil dan tersangat kecil. Aku rasa budak yang buat part-time jual DVD haram pun dapat lagi banyak dari aku.


Aku sebenarnya macam teraniaya pun ada. Ditawarkan gaji yang kecil tetapi di atas sebab-sebab yang aku sendiri nampak logik dan peluang di masa hadapan yang ada aku terima tanpa sebarang prejudis - walaupun pada asal aku ditawarkan gaji yang lebih banyak oleh bekas majikan aku.


Namun aku menunggu sesuatu dan ingin melihat sesuatu. Sesuatu yang dijanjikan kepada aku beberapa bulan dahulu. Hanya beberapa hari saja lagi. Kita tunggu dan lihat sahaja. Nanti aku beritahu kamu semua.

1 comment:

  1. Oit..org jual dvd haram tuh tu is millionaire dol.no epf deduction, no tax no nothg.perh..takpe takpe..kita cari rezeki halal dude, ada jalan tu.

    ReplyDelete