Aku tengah semak kepala memikirkan kerja di pejabat yang semakin serius... Kepala terasa agak berat dan terasa macam semua neuron sistem aku menunjukkan tanda-tanda penolakkan - agak parah kerana ini kali pertama dalam masa 2 1/2 tahun otak aku kembali bergerak dengan aktif. sekali - sehingga makan, minum dan mandi pun aku berfikir pasal kerja aku.. Dah lama aku tidak membawa balik beg dan buku nota aku tetapi sejak 2 minggu yang lalu aku sudah mula membawanya ke hulu dan ke hilir...
Sudah menjadi kebiasaan selama 2 tahun aku berkerja di syarikat ini, aku hanya menjalankan perintah - execution part kata orang putih, dan hanya sekali sekala aku terlibat dalam proses berfikir… Ia banyak membuatkan neuron-neuron di dalam kepala aku menjadi tidak aktif dan tidur… Otak aku jadi tersangat malas dan aku sendiri mula malas untuk membaca - aktiviti kedua aku di masa lapang… Dulu sekurang-kurangnya aku akan membaca senaskah buku ataupun majalah ilmu setiap minggu dan membaca akhbar-akhbar hampir setiap hari - purata aku luangkan 1 jam untuk membaca akhbar… Perubahan ini sebenarnya agak drastik bagi aku… Namun aku masih
Aku cuba untuk berubah. Membaca dengan lebih kerap… Cuba untuk mencari ilmu selagi boleh… Sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku di dalam menyelesaikan tugasan aku yang terbaru… Tugasan yang membuatkan aku tak lalu makan (tapi badan aku semakin mengembang), tak lelap tido dan macam-macam lagi... Aku tak sabar menunggu bulan Oktober... kenapa terasa lama sangat???
No comments:
Post a Comment