Wednesday, December 30, 2009

Setahun Sudah Berlalu Bahagian 1

Setahun sudah berlalu... Tahun 2009 merupakan tahun yang agak baik untuk aku.... Aku masih dalam fasa "penyesuaian" - sebagai ketua keluarga atau lebih tepat lagi seorang suami... Tahun ini juga aku telah dinaikkan pangkat dari seorang pencuci ubi kepada seorang penjaga mesin menggoreng kerepek ubi... Alhamdulillah... Mungkin itu rezeki isteri aku - dan aku selalunya beringat agar tidak terlalu berkira dengannya...

Tahun 2009 juga aku banyak berfikir... Berfikir tentang masalah negara (dan yang pastinya bukan pasal Ketuanan Melayu, UMNO, Chin Peng, Pakatan Rakyat, dan perkara yang seangkatan dengannya - biarlah mereka berjuang untuk kepentingan rakyat dan biarlah aku hanya sekadar menjadi penonton).. Yang aku fikiran adalah bagaimana untuk menjadi kaya dengan hanya duduk menggoyang kaki... Ternyata ianya sukar kerana kaki akan menjadi lenguh dan agak sukar untuk melakukannya 24 jam 7 hari seminggu sehingga menjadi kaya... Mungkin selepas ini aku harus memikirkan bagaimana untuk menjadi kaya dengan hanya menonton televisyen... Mungkin ini agak senang kerana seperti kebanyakkan rakyat Malaysia - aku juga turut suka menonton tv - walaupun aku hanya selalu menonton Discovery Channel dan Travel & Living - agak ketinggalan berbanding mereka yang suka menonton 104, 105, 103, dan lain-lain (kau tahu apa)...

Sudah... Aku mahu tidur... Esok aku kena hantar isteri tersayang ke pejabat... Kena bangun awal walaupun aku cuti... Hanya tunggu Tony Bourdain selesai membawa aku jalan-jalan cari makan di Sao Paolo - Anthony Bourdain: No Reservation... Kemudian aku boleh tidur...

Akhirnya

Akhirnya aku berjaya mendapatkan talian internet jalur lebar di rumah aku sendiri... Aku bebas untuk melayari dunia siber tanpa perlu pergi ke kafe siber atau pergi ke rumah mama untuk menggunakan internet... Akhirnya...

Monday, December 21, 2009

1431

Selamat Datang 1431...

Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar... MDF berjalan dengan lancar... Ibadah korban pun berjalan dengan lancar... Maaf kepada sesiapa yang tidak mendapat daging korban - samaada anda tidak layak ataupun berada di kariah yang lain... Insya-Allah sekiranya ada rezeki, tahun depan akan ku cuba sekali lagi...


Friday, November 13, 2009

Jumaat lagi...

Petang Jumaat aku masih lagi di pejabat... Jam menunjukkan 6:27 petang... Aku nak balik... Esok aku nak main PS3... Jangan ada yang kacau aku...

Thursday, November 12, 2009

Hampeh Untuk Hari Ini....

Hampeh betul laaa... Rasa nak makan sushi lak... いただきます (ITADAKIMASU)!!!!!! Aku terperanjat yang aku boleh berbahasa Jepun....

Friday, November 6, 2009

Jumaat!!! Bahagian 2

Hari ini aku terasa seperti masa sungguh lambat berjalan... Tidak seperti hari Jumaat yang lepas-lepas... Mungkin sebab aku terlalu "rajin" dan "bersemangat" hari ini... Mungkin sebab di dalam kepala aku sudah terpahat sesuatu yang aku ingin lakukan sejak dari minggu lepas... Sesuatu yang mampu memberikan aku kepuasan yang "agak" maksima... Sudah hampir dua minggu aku tidak melakukannya dan aku rasa serba tak kena... Aku akan lakukannya sepuas mungkin malam ini dan keesokkan hari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Assasin's Creed... Aku kena habiskan secepat mungkin... Assasin's Creed 2 dah nak keluar...


Jumaat !!!

Sudah agak lama aku tidak menulis... Bukan kerana aku sibuk tapi aku malas... Banyak yang ingin aku ceritakan tapi jari jemari aku seakan-akan malas untuk menaip...

Cerita 1
Adik aku masuk hospital... Penyakit lama dia kembali... Cuma kali ini agak tiba-tiba dan tiada tanda-tanda awal... Dia ditahan hampir seminggu dan baru keluar kelmarin... Doktor kata tiada apa yang berlaku dan mencadangkan supaya adik aku dirawat secara traditional... Ternyata tekaan doktor itu benar dan memang adik aku disihir oleh seseorang...

Cerita 2
Aku mendapat tawaran kerja yang baru dan tawaran itu ternyata lebih lumayan (sedikit) berbanding dengan apa yang aku terima... Aku teragak-agak untuk menerima tawaran itu dan akhirnya aku terpaksa menolak dengan alasan yang tanggungjawab itu terlalu besar untuk aku pikul dan aku tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk tanggungjawab itu (agak bodoh tindakan aku selepas bersusah payah untuk menghadiri sesi temuduga yang terpaksa dilakukan melalui telefon dan selepas waktu bekerja)...

Cerita 3
Sahabat agak baik aku (merangkap bekas kekasih lama) telah melahirkan cahayamata (baby boy) yang ke-dua... Pangillan dari Amir (suami beliau) amat mengharukan aku kerana mereka telah menamakan baby tersebut dengan nama Muhammad Amir Hafiz bin Muhammad Amir Safuan... Agak ironik...

Cerita 4
Suara apek tua yang mabuk memang tidak enak di dengar terutama pada jam 2 pagi terutama sekali apabila dia merupakan jiran sebelah rumah yang suka merungut dan mencari salah orang lain... (Celaka lu apek... Dah laa mabuk, lu bantai karaoke sampai kul 4 pagi... Nasib baik stok mercun gua dah habis... Kalau tak mampus lu...)

Thursday, October 22, 2009

Sakit Kepala, Hati dan Mengantuk

Aku sakit kepala, hati dan mengantuk... Mata cuma boleh buka separuh, fikiran dah melayang-layang entah ke mana... Sumpah aku memang takde mood hari ini... Bila nak balik nie??? Aik... Baru jam 12:00 tengahari???

Monday, October 12, 2009

Terima Kasih

Terima kasih aku ucapkan kepada sahabat-handai dan rakan taulan yang menghadiri Majlis Makan-Makan Semperna Eidul Fitr tempoh hari...

Wednesday, October 7, 2009

Masih Belum Terlambat...

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Eid-Fitr kepada semua... Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada...







Wednesday, September 16, 2009

Hari Ini Hari Rabu

Aku lupa nak menulis semalam... Ingat nak buat cacatan seminggu sebelum raya... Hahahahaha... Mungkin aku sibuk sangat dengan MDF sampai terlupa...

Alhamdulillah kerja aku dah berkurangan... MDF pun dah banyak settle... Cuma "venue" dan "content" jea masih belum di "finalise" kan... Minggu nie dah bolleh hantar ke semua "CoSec". Cuma aku harap kali ini semua menjadi... Penat aku usahakan menda ini.. Dari A smpi K (belum sampai Z lagi)...

Hari ini berbuka di IKEA... Seronok jugak bila bini tiada (mampus kalau bini aku baca)...

Monday, September 14, 2009

Hari Ini Hari Isnin - Bahagian 2

Kenapa lak tetiba masa berjalan dengan sungguh lembab... Pagi tadi laju pulak... Tetiba jea jadi lambat... Hampeh betul laa...

Hari Ini Hari Isnin

Hanya tinggal lagi 6 hari untuk Pakcik Ramadhan meninggalkan kita... Dan Abang Syawal kembali membawa kemeriahan kepada semua... Hanya satu pertanyaan aku, adakah kamu bermesra-mesra dengan Pakcik Ramadhan seperti yang sepatutnya kamu lakukan??? Atau kamu hanya sekadar menyapanya di pintu rumah???

Friday, September 11, 2009

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ini hari Jumaat... Esok boleh siapkan urusan rumah yang tergendala... Masih ada 5 tong cat untuk dihabiskan esok dan Ahad... Lampu kelip-kelip sudah dibeli... Tali tambahan untuk pemotong rumput sudah dibeli...

E'eh... Baru jam 11 pagi???

Wednesday, September 9, 2009

Tiada Tajuk

Hari ini aku rasa sungguh penat dan mengantuk... Lapar pun ada... Kurang pahala puasa aku... Tambahan berlaku kejadian bodoh di pejabat... Memang salah aku (menda lain yang aku buat tak nampak pulak) tetapi bak kata orang ~ kalau yang baik besar mana pun orang susah nak nampak tetapi kalau yang buruk sekecil mana pun orang boleh nampak... Sungguh celaka dan ini buat aku hilang mood... Pukimak... Untuk kali pertama aku mencarut di sini...

Monday, September 7, 2009

Hari Ke-17

Hari ini hari yang ke-17... Sungguh pantas masa berlalu tahun ini... Macam tidak percaya Ramadhan sudah hampir ke penghujung... Apa yang aku buat untuk Ramadhan tahun ini???

Tuesday, September 1, 2009

Kebebasan...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kebebasan untuk Malaysia - hanya untuk Malaysia, bukan rakyatnya...

Thursday, August 27, 2009

Lembab

Otak jadi lembab, sembab dan lemah... Aku memang tidak cukup tidur... Berdengung kepala... Bila laa bini aku nak cari kerja di KL ni... Aku nak suruh dia berenti kerja juga minggu depan...

Tuesday, August 11, 2009

Qunut ~ Dan Ramai Yang Tidak Tahu

Aku tengah sengal... Kepala terlalu berfikir... Satu hiburan ringan untuk anda semua... Penuh makna walaupun agak lucu... Sesiapa yang terasa boleh cepat-cepat beli kitabnya... Murah aje...


Sejak dua menjak nie aku agak gila letak link youtube... Lepas gian kot...


Friday, August 7, 2009

Malas... Berita Terkini Tetapi Basi...

Selsema Babi... Mansuh ISA... Ronnie Liu... Anwar Ibrahim... Najib Razak... Nik Aziz... Pas... UMNO... PKR... DAP... MCA...

Memang menarik penulisan dalam akhbar... Patut laa aku malas nak baca... Siapa ada komik Budak Getah baru??? Aku nak baca... Dah lama aku tak baca...

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ini hari Jumaat... Esok Sabtu... Lusa Ahad... Tulat Isnin...

Memang hidup ini macam roda...

Monday, August 3, 2009

Bila Aku Kehabisan Idea Dan Bosan

Aku kebosanan hari ini... Kerja aku sudah separuh jalan... Tapi masih menanti kata putus dan petunjuk dari pihak atasan... Sementara itu aku tonton ini... Aku tidak tahu pendapat kamu apa.. Namun pada aku ianyanya agak lucu... Aku rindukan mereka... Kenapa mereka tak buat rancangan TV macam ini lagi???


Tahniah Kepada Aku

Tahniah kepada diri aku… Lagi setahun untuk aku masuk 3 series… Aku perlu jadi lebih serius dan lebih intelektual dari sekarang... Insya-Allah

Lagu di bawah tiada kena mengena dengan entri aku... Aku dengar lagu ini dalam TV semalam dan teringat yang aku pernah berkaraoke lagu ini bersama kawan-kawan aku... Puas aku fikir dari semalam...



Monday, July 27, 2009

Sekarang Baru Aku Faham

Sekarang baru aku faham bila orang cakap "aku takde idea laa nak buat apa-apa"... Sebelum ini aku hanya memanda mereka dengan penuh sinis... Senyum Dr. Gregory House akan terbit dari bibir aku yang agak kacak...

Kepala aku agak bingung... Perkara ini selalunya terjadi apabila belanjawan bulanan aku tiba-tiba melebihi pendapatan bulanan... Memang aku agak pelik kerana sepatutnya dengan gaji yang aku dapat sekarang semuanya sepatutnya cukup... Tuhan maha adil... Aku kena start bayar zakat... baru gaji aku berkat... Mungkin apa yang aku sumbangkan sekarang belum cukup atau masih di bawah amount yang sebenarnya...

Friday, July 17, 2009

Relevan Kah Ini

Aku terpanggil untuk mencuba enjin pencari pekerjaan milik Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat komen yang kurang menarik daripada isteri dan sahabat aku ~ dan hasilnya memang amat mengecewakan... Aku pelik kenapa Kerajaan menggalakkan kita untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan ini malah Badan-Badan Berkanun sudah mula menggunakan khidmat ini sekiranya kita berminat untuk memohon kekosongan yang ada...

Langkah yang pertama adalah untuk aku mengisi segala butiran yang diminta... Segalanya amat standard dan berjalan dengan lebih lancar... Namun apabila tiba pada ruangan pengalaman bekerja, aku tidak dapat mengisi pengalaman bekerja aku yang terkini - mereka meminta sebab aku berhenti... Mungkin enjin pencari kerja ini hanya sesuai untuk mereka yang belum bekerja atau diberhentikan kerja... Aku juga tidak dapat menulis dengan lengkap alamat bekas majikan dan butiran tugasan ~ melebihi aksara yang dibenarkan; 30 aksara untuk alamat dan 300 aksara untuk butiran tugasan (aku terasa sungguh bodoh sekali kerana aku hanya dapat menulis sebaris sahaja daripada alamat dan 1/5 daripada tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada aku)...

Tidak payah untuk aku ceritakan apa yang berlaku selanjutnya... Amat menyakitkan hati dan terasa macam bodoh pula... Mungkin aku terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi kepada enjin pencari ini ~ sedangkan aku seharusnya perlu mengjangkakan perkara ini akan terjadi... Ternyata sistem yang digunakan seperti melepaskan batuk ditangga... Tidak seperti sistem ini dan ini... Yang ternyata jauh lebih bagus, cekap dan efektif... Apa komen kementerian?? Biar aku laporkan perkara ini di dalam akhbar dan kita tengok apa reaksi mereka...

Kisah Aku Bahagian 1

Aku membesar dalam keluarga yang berpecah ~ broken family kalau cakap orang puteh... Mama dan ayah aku bercerai ketika aku baru berusia 3 tahun dan adik perempuan aku hanya baru berusia 2 atau 3 bulan... Mama aku tak pernah bekerja dan hanya menolong Che (panggilan aku kepada arwah nenek) meniaga...

Namun apa yang menarik adalah cerita di sebalik perkahwinan mama dan ayah aku... Aku agak samar dengan cerita yang sebenar ~ aku hanya mendengar cerita ini dari arwah Che dan makcik-makcik aku satu ketika dahulu... Aku dilarang dari bertanyakan mama pasal perkara ini...

Mama dan ayah aku bercinta dalam diam... Percintaan mereka dilarang sama sekali oleh keluarga terutama arwah Mek dan Tok Nyang (moyang aku)... Mereka dapat melihat sesuatu yang tidak betul di dalam percintaan itu... Cuma apa yang memeranjatkan ialah aku mendapat tahu yang ayah aku telah membuat sesuatu menggunakan ilmu "Harry Potter" untuk mendapatkan mama aku... Aku agak terperanjat apabila mendapat tahu perkara ini... Hendak bertanya dengan lebih lanjut aku takut kerana aku masih lagi seorang remaja dan takut arwah Che dan makcik-makcik marah...

persoalan ini masih lagi bermain di dalam fikiran aku sehingga kini... Ingin sahaja aku bertanyakan ayah aku tentang kebenaran cerita ini tetapi aku tidak mahu mengeruhkan suasana yang sememangnya sudah keruh... Mungkin suatu hari nanti kebenarannya akan terbongkar juga...

Wednesday, July 15, 2009

Monday, July 13, 2009

Kelmarin Di Port Dickson

Tiada apa yang ingin aku tulis melainkan aku pergi ke Port Dickson (ada sesiapa yang tidak tahu Port Dickson?) di atas urusan kerja... Sekian terima kasih...
.
.
.
.
.
.
.
Acah aje... Sebenarnya aku tiada apa yang hendak ditulis... Kepala seperti kosong akibat daripada aktiviti yang aku jalankan di Port Dickson tempoh hari... Seperti biasa aku tidak sempat untuk menikmati apa-apa kecuali makanan... Biar aku refresh kepala aku dulu dengan kerja-kerja yang ada di pejabat dan kemudian aku akan cuba untuk menulis sesuatu...


Tuesday, July 7, 2009

Malam Kelmarin (Semalam jea kot) Di Ibukota

Malam tadi aku gi makan lagi... Kali ini kat Louisiana Popeye Kitchen - seperti biasa sila google sendiri lokasi restoran di Taman Tun Dr. Ismail... Secara keseluruhan aku rasa puas hati sebab rasanya agak sedap - mungkin kerana ramuan salutan tepung nya agak unik berbanding restoran makanan segera yang lain. (aku dah rasa macam blog makanan pulak)

(gambar akan dinaikankan esok kerana aku tertinggal kad memori di rumah)

































Tuesday, June 30, 2009

Bila Rasa Gembira Hentak Kaki

Aku baru sedar yang rambut aku sudah kembali panjang... Aku sudah tidak selesa berambut panjang... Rimas... Mungkin aku dah selalu sangat memotong pendek rambut aku-jauh dari kebiasaan aku ketika zaman gila-gila remaja dahulu (tapi aku tak laa setua filem itu) sanggup bermain kejar-kejaran dengan pengarah kampus semata-mata hendak menyelamatkan rambut aku yang panjang tapi tak seberapa panjang... Hari ini aku nak balik potong rambut... Nak botak balik kot... Nampak sangat aku dah tua...

Penghargaan

Aku ingin menyatakan penghargaan aku kepada saudara Michael Bay dan saudara Sam Raimi di atas hasil tangan mereka berdua... Aku telah membuang masa aku untuk pergi menonton wayang pada hujung minggu yang lalu bersama isteri tersayang (walaupun agak tersiksa kerana aku mengalami sakit perut dan cirit-birit yang agak teruk ketika menonton cerita yang pertama)...

Cerita pertama yang aku tonton adalah Transformer 2: Revenge of The Fallen... Michael Bay memang orang yang paling sesuai untuk mengarah cerita ini... Walaupun aku agak terseksa ketika menonton cerita ini - cuba tonton wayang dalam keadaan sakit perut dan cirit-birit dan kamu akan tahu maksud aku... Michael berjaya menggabungkan aksi-aksi menarik dan jalan cerita yang amat padat ke dalam sebuah filem yang hanya mengambil masa 150 minit.

Cerita yang kedua aku tonton adalah Drag Me To Hell... Sam Raimi kembali ke genre filem seram selepas kejayaannya mengarah filem adaptasi komik Spiderman... Kalau tak silap aku filem seram terakhir arahan Sam Raimi adalah Evil Dead Trilogy - The Evil Dead, Evil Dead II dan Army of Darkness... Secara keseluruhan aku agak ok dengan filem ini... Walaupun filem ini dibintangi barisan pelakon kelas B sahaja namun Sam berjaya membuatkan cerita ini menarik untuk ditonton... Yang paling menarik mengenai cerita ini Sam berjaya memasukkan elemen lucu ke dalam cerita seram yang serius... Dan aku agak kecewa kerana aku menantikan kemunculan Bruce Campbell (hero untuk ketiga-tiga filem seram Sam Raimi sebelum ini - selepas menonton beberapa babak seram kelakar di dalam Drag Me To Hell) namun penantian aku tak kunjung tiba...

Tahniah sekali lagi untuk Michael Bay dan Sam Raimi kerana anda berdua telah berjaya menolong aku membuang masa dan duit di hujung minggu yang lalu... Selepas ini - Harry Potter and The Half-Blood Prince dan Up...

Thursday, June 25, 2009

Terperanjat

Semalam aku terperanjat... Agak terperanjat besar... Kerana sesuatu yang aku tak sangka akan berlaku... Sometimes good thing really happen... And it happens in a mysterious way...

Monday, June 22, 2009

Duit Aku Mana Hah???

Hari minggu yang tidak seberapa indah. Itu yang dapat aku katakan. Aku tidak ke mana-mana dan hanya duduk di rumah. Sebabnya hanya satu, wang gaji sudah hampir habis dan hanya cukup untuk belanja dapur – membeli lauk-pauk.


Orang kata aku kerja dalam syarikat yang besar… Mesti banyak duit. Kawan aku SMS aku nak pinjam duit. Bila aku cakap duit aku dah abis – maknanya dalam wallet aku tinggal RM100, semua orang tak percaya. Buat apa aku nak cakap bohong. Aku memang tiada duit. Gaji aku kecil dan tersangat kecil. Aku rasa budak yang buat part-time jual DVD haram pun dapat lagi banyak dari aku.


Aku sebenarnya macam teraniaya pun ada. Ditawarkan gaji yang kecil tetapi di atas sebab-sebab yang aku sendiri nampak logik dan peluang di masa hadapan yang ada aku terima tanpa sebarang prejudis - walaupun pada asal aku ditawarkan gaji yang lebih banyak oleh bekas majikan aku.


Namun aku menunggu sesuatu dan ingin melihat sesuatu. Sesuatu yang dijanjikan kepada aku beberapa bulan dahulu. Hanya beberapa hari saja lagi. Kita tunggu dan lihat sahaja. Nanti aku beritahu kamu semua.

Friday, June 19, 2009

Kerja dan Kerja

Aku tengah semak kepala memikirkan kerja di pejabat yang semakin serius... Kepala terasa agak berat dan terasa macam semua neuron sistem aku menunjukkan tanda-tanda penolakkan - agak parah kerana ini kali pertama dalam masa 2 1/2 tahun otak aku kembali bergerak dengan aktif. sekali - sehingga makan, minum dan mandi pun aku berfikir pasal kerja aku.. Dah lama aku tidak membawa balik beg dan buku nota aku tetapi sejak 2 minggu yang lalu aku sudah mula membawanya ke hulu dan ke hilir...


Sudah menjadi kebiasaan selama 2 tahun aku berkerja di syarikat ini, aku hanya menjalankan perintah - execution part kata orang putih, dan hanya sekali sekala aku terlibat dalam proses berfikir… Ia banyak membuatkan neuron-neuron di dalam kepala aku menjadi tidak aktif dan tidur… Otak aku jadi tersangat malas dan aku sendiri mula malas untuk membaca - aktiviti kedua aku di masa lapang… Dulu sekurang-kurangnya aku akan membaca senaskah buku ataupun majalah ilmu setiap minggu dan membaca akhbar-akhbar hampir setiap hari - purata aku luangkan 1 jam untuk membaca akhbar… Perubahan ini sebenarnya agak drastik bagi aku… Namun aku masih cuba untuk membaca dengan melawat kedai buku yang tersohor di KLCC dan membaca buku secara percuma - gaji aku yang kecil membuatkan agak sukar untuk aku berbelanja untuk membeli buku kerana membayar hutang-hutang kapitalis sahaja membuatkan aku tidak pernah cukup duit.


Aku cuba untuk berubah. Membaca dengan lebih kerap… Cuba untuk mencari ilmu selagi boleh… Sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku di dalam menyelesaikan tugasan aku yang terbaru… Tugasan yang membuatkan aku tak lalu makan (tapi badan aku semakin mengembang), tak lelap tido dan macam-macam lagi... Aku tak sabar menunggu bulan Oktober... kenapa terasa lama sangat???

Thursday, June 18, 2009

Masalah Hidup Di Dunia Kapitalis

Aku baru terfikir untuk keluar malam esok bersama bini aku... Tapi baki duit aku hanya cukup untuk mengisi minyak kereta dan 2 kali makan malam bersama isteri tersayang... Macam mana nak keluar tengok wayang???

Aku nak tengok






















Sebab utama aku nak menonton adalah kerana isteri aku takut tengok cerita hantu... Aku memang nakal kan???

Malam Kelmarin Makan Di Ibukota

Malam kelmarin aku dan kekawan makan kat Restoran Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor. Walaupun makanan dia tidak lah segam mana. Kalau nak tahu Mak Tim di mana. Sila Google sendiri kerana aku malas nak cari alamat dan peta untuk kamu

Kami makan
Mee Bandung Muor (Muar)
Murtabak Singapore (Singapura)
Tauhu Bakar Special (Istimewa)
Mee Rebus (Aku tak ingat nama istimewa)

Kami Minum
Bandung Soda (Soda Gembira kalau di Indonesia)
Air Mata Kucing (Tiada kelibat kucing di sekitar restoran tetapi ini tidak mencurigakan)
Air Jagung (Minuman terbaik di sini)

Secara keseluruhan aku agak berpuas hati dengan makanan. Masih boleh dimakan walaupun tidak sesedap masakan aku (tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk memasak masakan Johor – masakan Kelantan aku tahu sebab aku keturunan Kelantan *note aku orang KL). Tetapi untuk aku cadangkan kepada orang lain belum tentu lagi. Secara keseluruhan aku berikan 2.5 bintang maju untuk Mak Tim – Walaupun kawan aku hanya memberi 2 bintang maju.
















Monday, June 8, 2009

Aku Botak

Aku baru cukur kepala aku semalam... Kepala aku dah botak... Cuma aku botak kali nie bersebab... Tak macam 14 tahun yang lepas aku botak tanpa sebab... Ikut kekawan yang tiba-tiba kena sampuk dan membotakkan kepala mereka... Cuba lihat kat bawah nie bukti... Aku tak tipu kan???




Thursday, June 4, 2009

Lama Tak Dengar Cerita

Agak lama juga dari kali terakhir aku menulis... Aku agak sibuk di pejabat... Sudah dinaikkan pangkat menjadi ketua kuli... Beban kerja semakin bertambah dan gaji tetap kecil... Aku tidak sabar menunggu bulan Oktober... Gaji aku akan naik (mungkin)...

Aku tidak mahu bercerita pasal kerja... Aku nak bercerita pasal benda lain... Aku baru dapat saguhati daripada syarikat tempat aku bekerja... Sepatutnya bonus.. Tetapi sebab syarikat aku tak buat banyak untung tahun lepas, digantinya dengan saguhati... Alhamdulillah... Jumlah yang aku dapat tak banyak tapi cukup untuk aku "balance" balik hidup aku (terima kasih kepada adat istiadat yang banyak menyusahkan - biar mati adat jangan mati anak - dan sistem kapitalis yang merobek poket aku).

Tapi seperti biasa aku akan buat benda yang agak bodoh... Aku tak tahu kenapa tapi aku memang cukup cekap dalam membuat perkara bodoh dan aku tidak boleh nak menyesal sebab aku dah buat pun... Nak tahu aku buat apa??? Cuba cari aku punya Facebook dan kau akan tahu aku buat apa...

Thursday, May 21, 2009

Berita

Semalam aku dapat berita yang aku sendiri tidak pasti bagus atau tidak... Aku masih lagi memproses maklumat dalam kepala aku...

Wednesday, May 20, 2009

Berusaha

Aku tengah berusaha untuk menyiapkan sesuatu... Harap-harap aku semua akan selesai sebelum minggu depan...

Tuesday, May 19, 2009

Selasa

Aku sungguh "pening" kepala hari ini... "Pening" memikirkan sesuatu di dalam kepala aku... Memikirkan masalah ekonomi dunia yang kian meruncing... Memikirkan masalah negara yang aku pasti tidak akan selesai... Dan yang paling besar - masalah untuk mencapai KPI (Indek Penunjuk Prestasi) aku yang pastinya tidak tercapai tahun ini...

Monday, May 18, 2009

Isnin

Aku mengadap komputer di pagi Isnin... Banyak kerja yang perlu yang disiapkan... Nasib baik hujung minggu aku tidak seperti minggu lepas... Aku masih mampu tersenyum sehingga kini...

Friday, May 15, 2009

Penulisan Demi Penulisan

Aku ditegur oleh sahabat baik aku berkenaan blog aku... Kenapa penulisan aku terlalu beremosi... Seperti aku melepas geram yang telah lama terbuku di dada aku... Ada juga pembaca yang kata aku seperti menyanyi (walaupun aku tidak paham maksudnya yang sebenar)...

Cuma satu yang dapat aku katakan... Memang blog ini tempat aku meluahkan apa yang terbuku dapat kepala aku... Memang lucu dan agak bodoh sedikit (mungkin juga banyak)... Namun aku berasa puas... Tapi aku akan cuba untuk memasukkan sedikit penulisan yang berbentuk ilmiah atau serius bila sampai masanya nanti... Dan aku tidak akan meminta maaf sekiranya penulisan aku membosankan kamu... Sapa suruh baca...

Thursday, May 14, 2009

Aku Dan Aku

Aku masih lagi berasa kurang stabil... Mungkin kerana keadaan ekonomi aku yang semakin goyah sejak kebelakangan... Goyah dek permainan kapitalis-kapitalis yang hanya tahu mengaut untung atas angin... Goyah akibat terpedaya dengan....... (Aku malas untuk bercerita dengan lebih lanjut)

Monday, May 11, 2009

Lupakan

Lupakan pasal tulisan aku semalam... Tulisan yang terlalu didorong oleh emosi aku sendiri... Emosi yang membuat hati seseorang yang amat aku cintai terluka... Biasanya aku akan meminta maaf dan memaafkan apa jua kesalahannya namun kali ini agak sukar untuk aku melakukannya...

Aku tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang berlaku kelmarin dan semalam... Sehingga kini aku masih lagi cuma untuk mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan atau sekurang-kurangnya dapat memberikan penyelesaian yang sementara... Aku tidak mahu ini berterusan kerana ianya boleh mengeruhkan lagi suasana... Aku masih ingat pesanan "penjaga"nya selama 26 tahun supaya aku menjaganya dengan sebaik mungkin dan aku berjanji yang aku akan melakukannya sebaik yang mungkin...

Apa yang terbaik yang dapat aku fikirkan buat sementara waktu ini adalah untuk memberikan dia masa untuk berfikir... Sesuatu yang amat jarang dia lakukan... Memang aku sendiri tidak pasti dengan keberkesanannya kali ini (berdasarkan pengalaman aku yang lepas) namun aku masih berharap keputusan yang positif...

Buat sementara waktu aku terpaksa bertahan dan masuk ke dalam "auto mode" aku... "Mode" yang aku rasa paling selamat untuk aku buat masa ini...


Sunday, May 10, 2009

Entri Tanpa Tajuk - Update

Aku masih di sini... Migrain semakin kuat menyengat... AKU MASIH NAK BALIK TIDUR DI RUMAH...

Entri Tanpa Tajuk 2

Aku masih lagi di sini... Masih rasa marah dan terkilan... Dengan badan yang melekit dan kepala yang sakit... Migrain aku dah start datang balik... Ya Tuhan!!! Bila semua benda ini selesai??? Aku nak balik rumah, mandi dan tidur... Esok kerja...

Punca segala masalah ini ada depan aku... Sakit hati aku bila dia boleh berpura-pura macam tiada apa-apa yang berlaku... Boleh tinggalkan aku di sini terkapai-kapai dan terkontang-kanting...

Puas aku sabarkan diri aku... Tetapi aku tidak pasti sampai bila aku boleh bertahan... AKU NAK BALIK RUMAH AKU, MANDI, MAKAN DAN TIDUR... AKU DAH CUKUP PENAT HARI INI...

Entri Tanpa Tajuk

Masuk hari ini dah dua hari emosi aku tidak beberapa stabil. Aku tahu kalau aku ceritakan pasal apa yang aku alami ini pasti ramai yang akan cakap "kau kena bersabar" atau "kan aku sudah cakap" atau "biasa laa macam ini"...

Cara hidup aku cukup senang dan mudah... Aku akan buat apa yang aku suka sahaja... Aku hormat orang dan berharap orang hormat aku dan yang paling utama jangan kacau hidup peribadi aku... Aku bersyukur sebab mama aku memang cukup paham dengan perangai aku dan keluarga aku yang lain juga paham...

Memang selalunya aku lebih suka duduk di rumah dan meluangkan lebih masa bersama keluarga aku sendiri berbanding keluar berjalan-jalan... Aku juga tidak selesa untuk singgah di rumah orang lain dan duduk sehingga berjam-jam...Penat sahaja aku beli rumah kalau aku duduk di rumah orang lain lama-lama (atau sewa rumah - aku laa tu)...

Tapi apa yang buat aku rasa kecewa ialah orang yang aku harapkan memahami aku lebih dari orang lain seperti tidak memahami aku... Sering mengheret aku ke dalam sesuatu yang dia tahu aku tidak suka... Aku memang sedih dan marah... Aku rasa kecewa yang amat sangat... Kecewa yang aku tahu susah hendak hilang dan yang pastinya akan berlarutan... Yang pastinya akan mendorong aku membuat keputusan yang amat bodoh... Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi boleh berfikir dan bersabar... Sesuatu yang agak mengagumkan dan jarang aku buat... Cuma aku takut ia tidak dapat bertahan lama... Dan hanya tuhan saja yang tahu kalau aku tiba-tiba "meletup"...

Thursday, May 7, 2009

TAKUT

Aku dalam ketakutan... Hahahahahha... Damn Life 360 Degrees... Semua telah terbongkar... Loceng untuk tukar diet pemakanan telah berbunyi dengan kuatnya... Tiada lagi makanan yang tidak sihat... hanya makan makanan yang sihat... Hanya yang berkhasiat sahaja... Jadi kambing??? aku tidak kisah asalkan aku sihat... Malam ini nak kena beli epal dan pear untuk dibawa ke pejabat untuk sarapan aku...

Wednesday, May 6, 2009

Nak Gila

Aku macam nak gila... Nak gila melayan karenah orang lain... Nak gila menonton "wayang"... Nak gila jadi "pelakon"... Nasib baik belum gila...

Untittle

It's been a year since my trip to Tioman Island. The damn memories suddenly start rushing in my rusty mind. I really need to go for a holiday.

Kecewa Yang Tidak Kecewa

Hari ini hari Rabu (pembuka kata untuk aku yang tak tahu untuk menulis apa)... Sebenarnya aku kecewa dengan berita yang aku terima awal pagi... Setan Merah menang lagi dan berjaya melangkah ke pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah... Kecewa walaupun aku sudah pasti yang mereka boleh mengalahkan Meriam Lama di Stadium Emirates...

Tahniah Setan Merah (walaupun aku anti mereka)... Semoga kita bertemu lagi di pusingan akhir dimana Sang Biru akan mengalahkan kamu (harap-harap Sang Biru menang malam ini)...

Tuesday, May 5, 2009

Pukul 3 Pagi

Semalam aku gagal untuk tidur awal. Aku terperangkap dengan cerita-cerita menarik di AXN, HBO dan pemain cakera DVD aku. Hampir jam 3 pagi baru aku berjaya melelapkan mata aku. Baru pukul 2:30 petang aku sudah mula rasa penat dan mengantuk. Jom tidur???

Thursday, April 30, 2009

Esok...

Khamis... Esok cuti... Pergi menjemput adik aku yang baru selesai kursus askar wataniah... Kemudian pergi makan mee udang di Kuala Sepetang...

Tuesday, April 28, 2009

Rasa Mcm Nak Mencarut

Sedang aku mencari kerja untuk isteri kesayangan aku... Aku terserempak dengan satu iklan yang aku rasakan agak menarik dan sesuai dengan isteri aku... Bila aku baca syarat-syarat untuk memohon kerja ini, aku terperanjat...

Our requirements:

  • Degree or Diploma in Mass Communication, Marketing or Public Relations

  • Minimum 2 to 3 years relevant experience in public relations or corporate communications environment

  • Computer Literate

  • Excellent command of written and spoken English

  • Excellent interpersonal skills and strong media relations from previous working experience

  • Able to work independently and posses a high level of responsibility and commitment

  • Required language(s): Chinese, English

  • Preferred language(s): Bahasa Malaysia

  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status

Apa dah jadi dengan Bahasa Melayu (Malaysia)??? Sudah tidak boleh diguna pakai?? Aku tidak kisah dengan bahasa Inggeris kerana aku dan isteri memang boleh dan agak fasih berbahasa Inggerisc(walaupun tidak sehebat mana)... Bukan kan ini agak bersifat perkauman??? Bagaimanakah mereka yang hanya boleh berbahasa Inggeris, Melayu, Tamil, Jakun, Dusun??? Atau aku yang bersifat perkauman???

Mungkin selepas ini bukan lagi PSMI tetapi PSMM??

Kalau kau jadi aku... Apa yang akan kau buat???

Kalau kau jadi aku... Apa yang akan kau buat???

Kenapa aku tanya soalan ini??? Sebab aku sendiri tak paham... Ada kawan-kawan yang bertanya pasal perkara ini dan minta pendapat yang ikhlas dari aku... Mereka mahu sesuatu yang ikhlas dari aku??? Sanggup mereka dengar pendapat yang "tajam dan pedas" daripada mulut aku yang sememangnya tiada insurans dari syarikat-syarikat insurans di Malaysia mahupun antarabangsa.

Apa yang akan kau buat sekiranya seseorang yang suka berlagak seperti mereka tahu segalanya dan amat cekap dalam segalanya menunjuk-nunjuk di depan kamu??? Seperti mereka lah yang paling sempurna dan bijak dalam melakukan kerja-kerja termasuklah kerja orang lain (walaupun kadangkala kerja mereka sendiri belum tentu sudah siap)...

Apa yang akan kau buat sekiranya... Banyak lak aku tulis... Aku nak sambung tengok "drama" kat pejabat sambil menyiapkan kerja aku... Sungguh seronok...

Monday, April 27, 2009

Selamat Datang Isnin

Kenapa ramai yang membenci hari Isnin??? Aku mengalu-alukan kedatangan hari Isnin yang indah... Tanpa Isnin tiada Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad... Setiap hari Isnin aku akan datang awal ke pejabat... Aku ada lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja aku... E'eh... Ada kerja rupanya... Apa yang aku buat minggu lepas??? Selamat datang Isnin...

Friday, April 24, 2009

Kenapa

Aku tidak paham dengan keadaan bangsa aku sekarang... Sering berlaku perbalahan yang tidak perlu... Kenapa laa bangsa yang satu ketika dulu begitu gah di Nusantara seakan-akan tiada hala tuju??? Kenapa kita perlu berbalah dan bertengkar sesama sendiri... Tidak kah mereka tahu yang perbalahan dan pertengkaran ini yang menjatuhkan bangsa kita dahulu...

Kenapa semua permasalahan ini diselesaikan dengan bijak??? Kita bukannya ketandusan bijak pandai... Bukan tiada pemikir yang hebat... Nak kata bodoh jauh sekali...

Jumaat Yang Indah

Terima kasih Tuhan... Ianya Jumaat...

Hari Jumaat adalah hari yang amat aku nanti-nantikan tapi hari yang paling aku benci... Hari Jumaat aku kena tinggal di pejabat sehingga jam 8:30 malam atau aku kena keluar tepat jam 5:30 petang dan memandu sejauh 70km ke satu destinasi...

Bilakah perkara ini akan berakhir??? Terima Kasih Tuhan... Ianya Jumaat...

Thursday, April 23, 2009

Hasil Ujikaji

Cubaan terbaru... Menghabiskan RM100.00 untuk ini... Sapa kata ilmu itu murah???






























Anjing Betina

Aku baca, komen dan gelak... Kenapa mereka tidak mahu berpijak di bumi yang nyata??? Ego dengan benda yang sudah pasti salah... Sudah pasti tidak betul dan hanya memperbodohkan diri mereka... "Anjing betina" bak kata orang putih...

Prime Rib? Rusuk Utama...

Aku baru balik lunch... Sungguh kenyang sekali perut aku... Berjaya aku habiskan sepinggan rusuk utama, kentang lecek dan brokoli & asparagus kukus. Aku takkan ambil gambar sebab nak korang bayangkan sendiri makanan tu... Sedap woo..

Kemalasan Yang Sedang Bermula

Aduh... Dah tiga jam aku mengadap komputer... Masih gagal untuk menyiapkan kerja aku... Kerja tak jalan tapi aku dah melawat semua halaman kegemaran aku... Aku dah kena sindrom kawan aku selepas 2 minggu yang sibuk dan kelam-kabut... Ada sesiapa yang tiada kerja??? Boleh tolong aku siapkan kerja aku...

Hari Ini

Aku dah tak tahu berapa banyak blog yang aku dah tulis dan padam. Bukan sebab tak dapat sambutan tapi aku kekadang tak tahu apa yang aku nak tulis. Mungkin sebab hidup aku simple sangat sehingga aku tak tahu apa yang aku nak tulis dalam blog aku.

Aku cuba nak menulis tentang pendapat aku. Tapi kadang-kadang manusia selalu salah anggap dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku tak marah sebab memang manusia adalah makhluk yang suka membuat penilaian (judgemental) tidak kira apa pun. Aku sendiri suka menilai sesuatu dan kadangkala tersalah di dalam penilaian aku - tiada yang sempurna di dalam dunia ini.

Sudaha laa. Aku ingin sambung kerja aku. Banyak yang perlu aku siapkan hari ini. Masih bertimbun kerja yang aku perlu siapkan. Kali ini aku akan terus aktif menulis walaupun tiada pelawat yang melawat blog aku. Aku ingin sekadar untuk melepaskan apa yang terbuku di dalam kepala aku.

Kepada kawan-kawan aku yang tidak pandai atau faham Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia kata sesetengah orang bijak pandai), kali ini aku hanya akan menulis dalam Bahasa Melayu (walaupun aku punya alamat blog dalam bahasa melayu). - Try to translate this last para. There are lot of online translator sites in the web my friend.

Aku memang cintakan Bahasa Melayu.