Friday, July 17, 2009

Relevan Kah Ini

Aku terpanggil untuk mencuba enjin pencari pekerjaan milik Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat komen yang kurang menarik daripada isteri dan sahabat aku ~ dan hasilnya memang amat mengecewakan... Aku pelik kenapa Kerajaan menggalakkan kita untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan ini malah Badan-Badan Berkanun sudah mula menggunakan khidmat ini sekiranya kita berminat untuk memohon kekosongan yang ada...

Langkah yang pertama adalah untuk aku mengisi segala butiran yang diminta... Segalanya amat standard dan berjalan dengan lebih lancar... Namun apabila tiba pada ruangan pengalaman bekerja, aku tidak dapat mengisi pengalaman bekerja aku yang terkini - mereka meminta sebab aku berhenti... Mungkin enjin pencari kerja ini hanya sesuai untuk mereka yang belum bekerja atau diberhentikan kerja... Aku juga tidak dapat menulis dengan lengkap alamat bekas majikan dan butiran tugasan ~ melebihi aksara yang dibenarkan; 30 aksara untuk alamat dan 300 aksara untuk butiran tugasan (aku terasa sungguh bodoh sekali kerana aku hanya dapat menulis sebaris sahaja daripada alamat dan 1/5 daripada tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada aku)...

Tidak payah untuk aku ceritakan apa yang berlaku selanjutnya... Amat menyakitkan hati dan terasa macam bodoh pula... Mungkin aku terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi kepada enjin pencari ini ~ sedangkan aku seharusnya perlu mengjangkakan perkara ini akan terjadi... Ternyata sistem yang digunakan seperti melepaskan batuk ditangga... Tidak seperti sistem ini dan ini... Yang ternyata jauh lebih bagus, cekap dan efektif... Apa komen kementerian?? Biar aku laporkan perkara ini di dalam akhbar dan kita tengok apa reaksi mereka...

No comments:

Post a Comment