Friday, January 8, 2010

Tabiat

Aku tidak tahu kenapa tapi aku cukup seronok untuk menulis pada hari Jumaat... Tapi kali ini aku tiada apa untuk ditulis... Aku terlalu penat untuk menulis... Tambahan timbunan kerja di pejabat yang membuatkan aku malas untuk berfikir... Kerja...kerja...kerja... Sampai bila pun tidak habis... Baik aku tido... Selamat malam... Esok aku perlu bangun awal dan balik ke rumah mertua ku...

Friday, January 1, 2010

Setahun Sudah Berlalu Bahagian 2

Sudah hampir sejam aku cuba untuk memerah otak - cuba untuk menulis sesuatu... Tetapi apa yang terlintas di dalam kepala aku cuma "Tido...Tido...Tido..."... Badan aku agak penat... Seharian berjalan pergi berjumpa beberapa orang sahabat baik sewaktu zaman muda (persekolahan dan peruniversitian) - tidak lupa juga untuk membazirkan RM138.00 untuk membeli seunit permainan video tulen (Aku ulangi tulen - Cetak rompak??? Pergi mampus kerana aku tidak akan lagi membantu para lanun sekalian menjadi kaya)...

Sebentar tadi kedengaran bunyi bunga api yang meletup-letup... Membakar duit rakyat demi sambutan yang kita tahu tidak akan membawa kita ke mana-mana... Hanya menunjukkan kelemahan kita yang terlalu terikut-ikut budaya sebelah sana... Aku masih teringat kali terakhir aku membuang masa pergi menyertai sambutan membuang duit ini... Aku terpaksa berlari macam orang gila untuk mencari tempat untuk berteduh... Yup, malam itu hujan turun selebat-lebatnya walaupun hanya untuk beberapa minit... Sambutan tetap mereka teruskan tetapi aku terus balik ke rumah kerana baju aku sudah basah dan aku tidak selesa - itu berlaku lebih kurang sepuluh tahun yang lalu... Sekarang aku lebih selesa untuk duduk di rumah sambil menonton Discovery Channel ataupun National Geographic - lagi seronok...

Ok... Aku mahu tidur... Selamat Manyambut Tahun Baru kepada semua... Cuma persoalan aku... Kenapa tiada sambutan yang meriah untuk dua minggu lepas??? Kalau tak silap kita menyambut tahun baru juga...